Tuesday, June 2, 2009
Monday, June 1, 2009
Majlis Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang
Pulau Betong, BALIK PULAU - Mesyuarat Agung Permulaan untuk penubuhan sebuah Koperasi (syarikat Berhad) yang baru telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Koperasi Usahawan Kampung Balik Pulau (KUKAM) di Jalan Bharu, Kampung Perlis pada hari Sabtu 30 MEI 2009.
Mesyuarat yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Yang Berhormat Sr. Hj Muhamad Farid bin Hj Saad, merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) Barat Daya Pulau Pinang turut dihadiri oleh dua pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Tuan Haji Mohd Noor bin Yusuf telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang pertama yang terdiri daripada sembilan pegawai eksekutif untuk tempoh setahun.
Penubuhan KUMUDA di Balik Pulau mengikuti jejak beberapa koperasi lain yang telah dikembangkan bermula di daerah yang sama termasuk KUKAM yang mewakili usahawan-usahawan kampung di Balik Pulau dan Koperasi Pelancongan Pulau Pinang (KOPEL) yang mewakili industri pelancongan tradisi dan ekologi terutamanya di kampung-kampung di Balik Pulau.
Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang yang baru dilantik sebaik saja tamat Mesyuarat Agung Permulaan (Penubuhan).
Untuk maklumat lanjut tentang KUMUDA atau penyertaan, sila hubungi Sekretariat di Pusat Internet Desa Balik Pulau di bangunan Pejabat Pos Malaysia Berhad, Kongsi, Balik Pulau.
-sumbangan artikel: En. Nas Sobri(http://usahawan.balikpulau.org)
Posted by Ija at 1:04 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)