? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 12, 2010

dajiadiy.com

Friday, May 7, 2010

KUMUDA.org


Laman web rasmi Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) kini boleh diakses di http://kumuda.org

{.org adalah penanda domain global bermakna "organisasi"}

KUMUDA juga ada menyediakan Laman Web komuniti peminat di http://facebook.com/KUMUDA.org

Silalah menyertai dan bersama-sama membangunkan 'syarikat kerjasama' untuk warga Pulau Pinang.

Harap Maklum.

Saturday, October 10, 2009

KUMUDA di Facebook/Alam Maya Sedunia & Majlis Diskusi dan Jamuan Aidil Fitri 1430H

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMUDA) sedang mengembangkan sayap pemasarannya, bukan sahaja di beberapa lokasi di Balik Pulau, Pulau Pinang tetapi ke seluruh dunia melalui platform media maya - Selain blog ini, aplikasi rangkaian sosial terbesar dunia dengan lebih 250 juta pengguna termasuk lebih dua juta pengguna Internet Malaysia menjadi pilihan untuk menjenamakan KUMUDA di samping supaya lebih rapat dengan ahli-ahli, pelanggan dan rakan kerjasama/kongsi.


Maklumat-maklumat berkenaan organisasi akan dipaparkan di laman khas KUMUDA tersendiri termasuk acara-acara yang telah dibuat dan yang akan dilaksanakan. Selain itu, penguna-pengguna Facebook boleh menyemak gambar-gambar dan video-video, sambil berdiskusi dengan para pengguna yang lain, terutamanya dari kalangan ahli dan bakal-bakal ahli atau rakan-rakan kerjasama KUMUDA.

Acara terbaru yang dipaparkan di laman tersebut termasuklah seperti berikut:

Majlis Diskusi Pembangunan Usahawan Balik Pulau & Jamuan Aidil Fitri 1430H KUMUDA

KUMUDA yang telah ditubuhkan pada 17hb Jun 2009 dan berjaya mencapai 146 ahli setakat ini, telah menunjukkan pencapaian koperasi yang mantap dan memberansangkan. Di dalam masa yang tidak sampai empat bulan ini, KUMUDA sudahpun menjalankan pelbagai aktiviti yang menguntungkan ahli. Maka dengan ini, KUMUDA menggesa para ahli untuk berkumpul dan berdiskusi untuk membentangkan projek usahasama dari ahli pengusaha dan KUMUDA untuk merancang penyediaan kertas kerja bagi permohonan geran bernilai RM 30,000 – RM 500K untuk program pembangunan ahli KUMUDA.

Dengan penuh hormatnya pihak pentadbiran KUMUDA mengharapkan kerjasama dari semua ahli menghadiri perjumpaan bagi memantapkan pembangunan KUMUDA seperti berikut :

Tarikh : 11hb Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 3 petang – 6 petang
Tempat : Ruang Persidangan KUMUDA di No. 6 B-A, Taman Sri Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang (Berhadapan dengan Masjid Daerah Balik Pulau, dan berderetan dengan Pusat Hemodialisis Pusat Zakat)

Untuk pengesahan awal, sila SMS Hadir KUMUDA kepada 019-5796575 untuk memudahkan kami untuk menganggarkan kos makanan yang perlu disediakan.

Kami amat berharap agar pihak tuan dan puan dapat meluangkan masa untuk mengenali sesama ahli dan mendapatkan penerangan yang jelas dari pihak pentadbiran KUMUDA mengenai pembangunan KUMUDA. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, Terima Kasih.

Yang Berusaha,

Tuan Haji Mohd. Noor Bin Yusof
Pengerusi

Driving directions FROM Pasar Awam MPPP Cawangan Balik Pulau

2.4 km – about 4 mins
Suggested routes from Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia

1. Head northwest on Jalan Tun Sardon toward Jalan Balik Pulau 15 m
2. Turn left at Jalan Balik Pulau - Go through 1 roundabout 2.2 km
3. Turn left at Jalan Sri Genting 1 0.1 km
4. Take the 3rd right onto Jalan Sri Genting 4. Destination will be on the right 45 m

GPS: 5.337052,100.222274
KEMASKINI 11 OKT 2009: Tetamu khas yang bakal hadir untuk majlis di atas termasuklah YB Hj Muhamad Farid Hj Saad (ADUN Pulau Betong), YBhg Dato' Mohd Noor Kamaluddin (Pengerusi TechBiz Penang & Pengarah Urusan Equarater Sdn Bhd), YBrs Tuan Hj Gulam Rusol (CEO Kumpulan Asmana/e-Jenazah.com) serta wakil-wakil dari Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dijemput hormat semua dari seluruh negeri Pulau Pinang untuk turut hadir. Sila RSVP kpd 019-5796575 untuk kami bajetkan kerusi dan penyediaan jamuan - Terima Kasih!
Silalah menjadi 'peminat' KUMUDA di Facebook dan jangan lupa ajak rakan-rakan yang lain menggunakan link "Cadangkan kepada Kawan-kawan" (Recommend to Friends).

Wednesday, August 26, 2009

Tentang Koperasi...

Tahukah anda apa itu Koperasi, sejarahnya, tujuan penubuhan sesebuah koperasi, dan kepelbagaiannya? Pernahkan anda dengar tentang "Dasar Koperasi Negara"?

Silakan tonton wacana dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sempena Hari Koperasi Negara tahun lepas:



... dan sebuah dokudrama berkaitan "koperasi" atau "yang dulunya orang cakap 'Syarikat Kerjasama' tu kan?":



(dah lima bulan dah diwar-warkan klip video-video kat atas tu oleh Bahagian Pengurusan Maklumat SKM (ketika SKM masih di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), tapi baru 200 lebih orang saja yang baru tengok di wahana YouTube, jadi, kira masih "fresh" la.. ;))

Apa pun, pastinya rata-rata rakyat Malaysia pernah mendengar tentang Bank Rakyat, atau nama panjangnya, Bank Kerjasama Rakyat Berhad, yang kini mempunyai aset melebihi RM30 Bilion, yakni lebih 70% aset semua koperasi di seluruh Malaysia. Bank yang tertubuh sebelum merdeka lagi, yakni pada September 1954 hasil gabungan 11 bank-bank persatuan dan asalnya dinamakan Bank Agong (Apex Bank), "menawarkan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam kepada anggota dan juga bukan anggota melalui 117 cawangan, 78 mesin ATM luar premis, 12 Kedai Ar-Rahnu X'Change dan 7 Pusat Perbankan Elektronik di seluruh Malaysia." Tak lama lagi, Bank Rakyat akan dinamakan Bank 1 Malaysia... (main-main ja!)

Nak contoh lain?

Bagaimana dengan 19 lagi buah koperasi contoh di bawah yang menerajui Senarai 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2009, selepas Bank Rakyat:

  1. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad [Bank Rakyat]
  2. Koperasi Permodalan Felda Berhad
  3. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
  4. Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad
  5. Koperasi Serbausaha Makmur Berhad
  6. Koperasi Kakitangan Petronas Berhad [Kopetro]
  7. Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad
  8. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad [Angkasa]
  9. Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad
  10. Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batang Padang (Utara) Berhad
  11. Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad
  12. Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad
  13. Koperasi Koswip Malaysia Berhad
  14. Koperasi Pekebun Kecil Daerah Pontian Berhad [Kepak]
  15. Koperasi Shamelin Berhad
  16. Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi Berhad
  17. Koperasi Pegawai-Pegawai Kesedar Berhad
  18. Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
  19. Koperasi Serbaguna Felda Chini Satu Berhad
  20. Koperasi Tenaga Nasional Berhad

Untuk orang Pulau-Pinang, pastinya berbangga dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara yang makmur dengan projek-projek hartanahnya.

Tak lupa juga Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) yang menyergah semua media massa tempatan lewat ini dengan "Restoran Rakyat 1Malaysia" siap dengan sarapan lengkap semurah RM1 sahaja di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur. Khabarnya, Koperasi Ukhwah yang baru saja berusia sebelas tahun ini, dipengerusikan oleh Hj Mustapa Kamal bin Maulut, yang juga Naib Yang Dipertua ANGKASA, sudahpun memiliki hartanah bernilai lebih RM120 juta.



Bagaimana dengan yang lain di Penang, khususnya di Balik Pulau, kawasan asal penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang yang terbaru? Seharapnya sudah 'bisa', bak kata orang seberang, untuk mencongak jauh kehadapan dan sedia serta terus mengorak langkah untuk menyerlahkan suatu yang baharu untuk senario sosio-ekonomi tempat kita...

Pelbagai bidang terhidang seperti contoh-contoh sedia ada: perbankan dan peminjaman, pertanian, hartanah, pelancongan, peruncitan, perdagangan dan banyak lagi -- pilih mana yang suka, pilih mana yang rela... Sediakah usahawan-usahawan kita termasuk pengusaha-pengusaha pembuatan, agro, makanan, perkhidmatan, media, perkomputeran, pemasaran dan lain-lain mengembleng tenaga untuk mengharumkan komuniti ke seluruh negara, dan seantero dunia?

Untuk yang belum menyertai KUMUDA, silalah menghubungi pejabat sekretariat di Pusat Internet Desa d/a Pejabat Pos Balik Pulau - 04-866-2706.

Sebelum itu, untuk makluman anda:-
  1. Koperasi/KUMUDA bukanlah badan atau organisasi berunsur politik.
  2. KUMUDA bukan kesatuan kerja
  3. KUMUDA bukan setakat badan kebajikan
KUMUDA ialah sebuah kerjasama perniagaan, dan diuruskan berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi.

Dan KUMUDA bukan hanya untuk mencari keuntungan tapi untuk mengutamakan keperluan anggota-anggotanya dengan memberi perkhidmatan yang membantu.




Monday, August 24, 2009

Perjumpaan Pembangunan Usahawan

Tarikh : 22hb Ogos 2009


Masa : 3.00-5.00 petang


Tempat : Pejabat KUMUDA, 6-BA, Lebuh Seri Genting 1, Taman Sri Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang


Penceramah : Tuan Haji Noor Bin Mohd. Yusuf



Wednesday, July 29, 2009

PERBICARAAN ANTARA THE The RIGHTS DAN KUMUDA

Setiausaha Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad, Puan Siti Huraizah Abdul Rahman (Ija) dapat berbicara dengan Presiden/CEO Kumpulan, Yang Berbahagia En. Haris Fadzlah Mat Ali melalui Yahoo Messenger pada 30hb Julai 2009. The RIGHTS Privilege Berhad (The RIGHTS) telah diperbadankan pada 25 Jun 2003 (Nombor Pendaftaran: 619627-V dan dibenarkan untuk memulakan perniagaan pada 30 Mac 2004. Syarikat awam ini adalah milik penuh Bumiputera.

Objektif utama penubuhan syarikat awam untuk mengisi kekosongan dalam aktiviti pembangunan ekonomi orang Islam/Bumiputera di Malaysia. Selain itu adalah untuk menyatukan usahawan Islam/Bumiputera serta memainkan peranan penting dalam mewujudkan jaringan yang lebih besar.

The RIGHTS juga memfokuskan kepada program-program pembangunan usahawan dan mewujudkan rantaian nilai pada skala yang lebih besar.

SESI TEMURAMAH MELALUI YAHOO MESSENGER
Ija: Salam Tuan
Ija: Mohon maaf semalam. Ada masalah online. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sudi ber'chating’ dengan saya semalam.
Haris Fadzlah: Wasalam
Haris Fadzlah: Kembali
Haris Fadzlah: Bagaimana hari ini
Haris Fadzlah: Ok?
Ija: Hari ni ok
Ija: Hari ini saya dan pengerusi nak buat kerja-kerja koperasi.
Haris Fadzlah: oh ok
Ija: Hari Khamis = Hari ini, Hari Koperasi. Saya dah khususkan hari Khamis untuk kerja-kerja Koperasi. Dari perbualan kita semalam, saya dapat banyak tips dan pengalaman dari pengasas koperasi/syarikat yang hebat dari pihak tuan.
Ija: En. Haris. Boleh beritahu saya idea dan pendapat supaya koperasi kami dapat bekerjasama dengan program tuan. Maksud saya, sama ada menjadi mentor kami atau apa sahaja peluang supaya koperasi kami dapat bergerak lebih maju.
Haris Fadzlah: ok
Haris Fadzlah: Bagus cadangan itu
Ija: Bagaimana?
Haris Fadzlah: Kami di Pulau Pinang ada syarikat awam iaitu The RIGHTS (Penang) Berhad
Ija: ok
Haris Fadzlah: Ianya beroperasi di Bayan Baru
Haris Fadzlah: Lepas tu kami juga ada d setiap parlimen di tanah besar dan terdapat ramai ahli usahawan yang terlibat.
Ija: Tanah besar ? Maksud tuan di Seberang Jaya?
Haris Fadzlah: Tanah besar tu maksud saya d Pulau Pinang juga.
Ija: ooooo.. Sebarang jaya la tu.....
Haris Fadzlah: seperti bagan
Haris Fadzlah: kepala batas
Haris Fadzlah: batu kawan
Haris Fadzlah: macam tu la
Ija: oooooooo.....
Haris Fadzlah: Kami juga buat seperti mana koperasi Puan Ija buat.
Haris Fadzlah: Tetapi yang membuat aktiviti-aktiviti perniagaan adalah syarikat-syarikat di bawah bimbingan kami.
Haris Fadzlah: Kami juga memasarkan produk di seluruh negara
Haris Fadzlah: Saya lihat, koperasi puan banyak bekerja dengan usahawan-usahawan.
Haris Fadzlah: Pada pandangan saya, bolehlah salurkan produk-produk mereka kepada kami melalui the Rights Penang tadi
Haris Fadzlah: bagi pasaran di seluruh negara
Ija: oooo..bagusnya........nasib baik saya boleh chat ngan En. Haris....
Haris Fadzlah: dan banyak lagi
Haris Fadzlah: Kami juga ada Kad Keahlian the rights yang mana koperasi u boleh pasarkan kepada semua anggota koperasi lain di Pulau Pinang.
Haris Fadzlah: Cuba lihat link ini http://www.rights.com.my/index.php/berita-the-rights/572-kad-keahlian-usahawan-the-rights-i-cash
Haris Fadzlah:Pihak puan akan mendapat banyak ahli plus dapat duit lagi untuk koperasi. Pihak puan juga boleh meletak logo Koperasi pihak puan di dalam kad tersebut.
Ija: Masya allah, kami baru cadang dan nak cari kad ahli, pihak tuan sudah ada pun kemudahan itu. Kami baru saja membuat tinjauan dan mengira kos kad tersebut.
Haris Fadzlah: Hehehehe…Ye macam tu la. Sebenarnya apa yang kita baru nak fikir, sebenarnya orang lain dah buat pun
Ija: yer laaa....
Haris Fadzlah: Tapi tak mengapa, tidak ada yang lewat dalam situasi ni. Pasaran tu besar dan luas. Rezeki tu Allah dah tabur cuma kita kena berusaha mencarinya.
Ija: Saya rasa tak salah kami berkerjasama pihak tuan. Kalau boleh jadi, saya berharap pihak tuan dapat menjadi mentor kami nanti.
Haris Fadzlah: Koperasi puan masih barukan?
Ija: yer laa...tak sampai 2 bulan pun.
Haris Fadzlah: Cuba dapatkan geran dari SKM. Kalau tak silap saya sampai RM 300k
Ija: Lambat tuan...lagi 18 bulan tak salah saya. Saya dipahamkan geran permulaan adalah RM 50k. Itupun bergantung dengan projek.
Haris Fadzlah: Koperasi baru boleh dapat sampai 300k dan dah ada koperasi baru yang dah dapat.
Haris Fadzlah: RM50k tu untuk KOBERA. Walaubagaimanapun, pihak puan kena ada kertas kerja yang baik. Misalnya mengenai pemasaran produk, pihak puan boleh dapatkan Geran Pengiklanan Dan Promosi dari SKM.
Ija: hmmm..... Paper dan idea banyak tuan....Tapi hendak implementasikan tue ka....agak sukar.
Haris Fadzlah: Tidak mengapa asalkan ada semangat dan kekuatan antara pengerak ALP tetapi berhati-hati dalam berkoperasi. Masa koperasi tidak ada duit semua tak mau ambil pusing. Tetapi bila koperasi dah dapat duit, nanti ada manusia-manusia dari langit dan dari dalam bumi pun keluar nak jadi ALP.
Ija: Betul la tuan, tapi bab nak jadi Setiausaha semua orang tolak.
Haris Fadzlah: hehehe… Setiausaha memainkan peranan penting. Setiausahalah yang menhidupkan koperasi.
Ija: Tapi pengerusi dan ALPsekarang ok. Alhamdulilah. Pengerusi pun ada pengalaman dengan koperasi.
Haris Fadzlah: Saya cadangakan Puan Ija berhubung dengan En. Shamsul Bin Ismail, Pengarah The RIGHTS (Penang) Berhad
Ija: Terima Kasih.
Haris Fadzlah: kembali
Ija: Saya akan hubungi En. Shamsul selepas ini...
Haris Fadzlah: Baiklah
Haris Fadzlah: Lampirkan kata-kata saya yg berikan
Haris Fadzlah: Nanti dia maklum balas cepat sikit
Haris Fadzlah: Banyak-banyak terima kasih. Budi baik tuan hanya Allah yang mampu balas.
Last message received on 30/07 at 10:05

Thursday, July 2, 2009

Mesyuarat ALP KUMUDA kali ke-2