? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 24, 2009

Perjumpaan Pembangunan Usahawan

Tarikh : 22hb Ogos 2009


Masa : 3.00-5.00 petang


Tempat : Pejabat KUMUDA, 6-BA, Lebuh Seri Genting 1, Taman Sri Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang


Penceramah : Tuan Haji Noor Bin Mohd. Yusuf



Wednesday, July 29, 2009

PERBICARAAN ANTARA THE The RIGHTS DAN KUMUDA

Setiausaha Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad, Puan Siti Huraizah Abdul Rahman (Ija) dapat berbicara dengan Presiden/CEO Kumpulan, Yang Berbahagia En. Haris Fadzlah Mat Ali melalui Yahoo Messenger pada 30hb Julai 2009. The RIGHTS Privilege Berhad (The RIGHTS) telah diperbadankan pada 25 Jun 2003 (Nombor Pendaftaran: 619627-V dan dibenarkan untuk memulakan perniagaan pada 30 Mac 2004. Syarikat awam ini adalah milik penuh Bumiputera.

Objektif utama penubuhan syarikat awam untuk mengisi kekosongan dalam aktiviti pembangunan ekonomi orang Islam/Bumiputera di Malaysia. Selain itu adalah untuk menyatukan usahawan Islam/Bumiputera serta memainkan peranan penting dalam mewujudkan jaringan yang lebih besar.

The RIGHTS juga memfokuskan kepada program-program pembangunan usahawan dan mewujudkan rantaian nilai pada skala yang lebih besar.

SESI TEMURAMAH MELALUI YAHOO MESSENGER
Ija: Salam Tuan
Ija: Mohon maaf semalam. Ada masalah online. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sudi ber'chating’ dengan saya semalam.
Haris Fadzlah: Wasalam
Haris Fadzlah: Kembali
Haris Fadzlah: Bagaimana hari ini
Haris Fadzlah: Ok?
Ija: Hari ni ok
Ija: Hari ini saya dan pengerusi nak buat kerja-kerja koperasi.
Haris Fadzlah: oh ok
Ija: Hari Khamis = Hari ini, Hari Koperasi. Saya dah khususkan hari Khamis untuk kerja-kerja Koperasi. Dari perbualan kita semalam, saya dapat banyak tips dan pengalaman dari pengasas koperasi/syarikat yang hebat dari pihak tuan.
Ija: En. Haris. Boleh beritahu saya idea dan pendapat supaya koperasi kami dapat bekerjasama dengan program tuan. Maksud saya, sama ada menjadi mentor kami atau apa sahaja peluang supaya koperasi kami dapat bergerak lebih maju.
Haris Fadzlah: ok
Haris Fadzlah: Bagus cadangan itu
Ija: Bagaimana?
Haris Fadzlah: Kami di Pulau Pinang ada syarikat awam iaitu The RIGHTS (Penang) Berhad
Ija: ok
Haris Fadzlah: Ianya beroperasi di Bayan Baru
Haris Fadzlah: Lepas tu kami juga ada d setiap parlimen di tanah besar dan terdapat ramai ahli usahawan yang terlibat.
Ija: Tanah besar ? Maksud tuan di Seberang Jaya?
Haris Fadzlah: Tanah besar tu maksud saya d Pulau Pinang juga.
Ija: ooooo.. Sebarang jaya la tu.....
Haris Fadzlah: seperti bagan
Haris Fadzlah: kepala batas
Haris Fadzlah: batu kawan
Haris Fadzlah: macam tu la
Ija: oooooooo.....
Haris Fadzlah: Kami juga buat seperti mana koperasi Puan Ija buat.
Haris Fadzlah: Tetapi yang membuat aktiviti-aktiviti perniagaan adalah syarikat-syarikat di bawah bimbingan kami.
Haris Fadzlah: Kami juga memasarkan produk di seluruh negara
Haris Fadzlah: Saya lihat, koperasi puan banyak bekerja dengan usahawan-usahawan.
Haris Fadzlah: Pada pandangan saya, bolehlah salurkan produk-produk mereka kepada kami melalui the Rights Penang tadi
Haris Fadzlah: bagi pasaran di seluruh negara
Ija: oooo..bagusnya........nasib baik saya boleh chat ngan En. Haris....
Haris Fadzlah: dan banyak lagi
Haris Fadzlah: Kami juga ada Kad Keahlian the rights yang mana koperasi u boleh pasarkan kepada semua anggota koperasi lain di Pulau Pinang.
Haris Fadzlah: Cuba lihat link ini http://www.rights.com.my/index.php/berita-the-rights/572-kad-keahlian-usahawan-the-rights-i-cash
Haris Fadzlah:Pihak puan akan mendapat banyak ahli plus dapat duit lagi untuk koperasi. Pihak puan juga boleh meletak logo Koperasi pihak puan di dalam kad tersebut.
Ija: Masya allah, kami baru cadang dan nak cari kad ahli, pihak tuan sudah ada pun kemudahan itu. Kami baru saja membuat tinjauan dan mengira kos kad tersebut.
Haris Fadzlah: Hehehehe…Ye macam tu la. Sebenarnya apa yang kita baru nak fikir, sebenarnya orang lain dah buat pun
Ija: yer laaa....
Haris Fadzlah: Tapi tak mengapa, tidak ada yang lewat dalam situasi ni. Pasaran tu besar dan luas. Rezeki tu Allah dah tabur cuma kita kena berusaha mencarinya.
Ija: Saya rasa tak salah kami berkerjasama pihak tuan. Kalau boleh jadi, saya berharap pihak tuan dapat menjadi mentor kami nanti.
Haris Fadzlah: Koperasi puan masih barukan?
Ija: yer laa...tak sampai 2 bulan pun.
Haris Fadzlah: Cuba dapatkan geran dari SKM. Kalau tak silap saya sampai RM 300k
Ija: Lambat tuan...lagi 18 bulan tak salah saya. Saya dipahamkan geran permulaan adalah RM 50k. Itupun bergantung dengan projek.
Haris Fadzlah: Koperasi baru boleh dapat sampai 300k dan dah ada koperasi baru yang dah dapat.
Haris Fadzlah: RM50k tu untuk KOBERA. Walaubagaimanapun, pihak puan kena ada kertas kerja yang baik. Misalnya mengenai pemasaran produk, pihak puan boleh dapatkan Geran Pengiklanan Dan Promosi dari SKM.
Ija: hmmm..... Paper dan idea banyak tuan....Tapi hendak implementasikan tue ka....agak sukar.
Haris Fadzlah: Tidak mengapa asalkan ada semangat dan kekuatan antara pengerak ALP tetapi berhati-hati dalam berkoperasi. Masa koperasi tidak ada duit semua tak mau ambil pusing. Tetapi bila koperasi dah dapat duit, nanti ada manusia-manusia dari langit dan dari dalam bumi pun keluar nak jadi ALP.
Ija: Betul la tuan, tapi bab nak jadi Setiausaha semua orang tolak.
Haris Fadzlah: hehehe… Setiausaha memainkan peranan penting. Setiausahalah yang menhidupkan koperasi.
Ija: Tapi pengerusi dan ALPsekarang ok. Alhamdulilah. Pengerusi pun ada pengalaman dengan koperasi.
Haris Fadzlah: Saya cadangakan Puan Ija berhubung dengan En. Shamsul Bin Ismail, Pengarah The RIGHTS (Penang) Berhad
Ija: Terima Kasih.
Haris Fadzlah: kembali
Ija: Saya akan hubungi En. Shamsul selepas ini...
Haris Fadzlah: Baiklah
Haris Fadzlah: Lampirkan kata-kata saya yg berikan
Haris Fadzlah: Nanti dia maklum balas cepat sikit
Haris Fadzlah: Banyak-banyak terima kasih. Budi baik tuan hanya Allah yang mampu balas.
Last message received on 30/07 at 10:05

Thursday, July 2, 2009

Mesyuarat ALP KUMUDA kali ke-2

Tuesday, June 2, 2009

Pendaftaran Keahlian

Monday, June 1, 2009

Majlis Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang

Pulau Betong, BALIK PULAU - Mesyuarat Agung Permulaan untuk penubuhan sebuah Koperasi (syarikat Berhad) yang baru telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Koperasi Usahawan Kampung Balik Pulau (KUKAM) di Jalan Bharu, Kampung Perlis pada hari Sabtu 30 MEI 2009.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Yang Berhormat Sr. Hj Muhamad Farid bin Hj Saad, merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) Barat Daya Pulau Pinang turut dihadiri oleh dua pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).



Hadirin memenuhi Dewan KUKAM yang boleh memuatkan sehingga 100 orang.

Koperasi baru yang dinamakan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMUDA) yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia ini bertujuan untuk menyertakan seberapa ramai penduduk setempat dalam perniagaan yang lebih berdaya maju dan bersama-sama membangunkan sosio-ekonomi orang ramai, terutamanya ahli-ahli koperasi.

Tuan Haji Mohd Noor bin Yusuf telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang pertama yang terdiri daripada sembilan pegawai eksekutif untuk tempoh setahun.

Penubuhan KUMUDA di Balik Pulau mengikuti jejak beberapa koperasi lain yang telah dikembangkan bermula di daerah yang sama termasuk KUKAM yang mewakili usahawan-usahawan kampung di Balik Pulau dan Koperasi Pelancongan Pulau Pinang (KOPEL) yang mewakili industri pelancongan tradisi dan ekologi terutamanya di kampung-kampung di Balik Pulau.


Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang yang baru dilantik sebaik saja tamat Mesyuarat Agung Permulaan (Penubuhan).





Untuk maklumat lanjut tentang KUMUDA atau penyertaan, sila hubungi Sekretariat di Pusat Internet Desa Balik Pulau di bangunan Pejabat Pos Malaysia Berhad, Kongsi, Balik Pulau.

-sumbangan artikel: En. Nas Sobri(http://usahawan.balikpulau.org)

Wednesday, May 27, 2009

JEMPUTAN KEMAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN MUDA PULAU PINANG BHD.

Kepada para usahawan sedia ada dan bakal –bakal usahawan,

Dato’/Y.B./Tuan/Puan/Cik,

JEMPUTAN KEMAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN MUDA PULAU PINANG BHD.

Dengan sukacita dan rasa berbesar hati, kami selaku jawatankuasa penaja menjemput Dato’/Y.B./Tuan/Puan/Cik kemajlis perasmian penubuhan koperasi yang tersebut di atas seperti berikut :

Tarikh : 30hb Mei 2009 (Sabtu )
Mas : 2.00 Ptg
Tempat : Dewan Mesyuarat, Koperasi Usahawan Kampung Bhd (KUKAM),
Jalan Baru Kg. Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang .

2. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Sr. Haji Muhamad Farid bin Haji Muhd. Saad, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Barat Daya Pulau Pinang.

3. Atucara :

2.00 petang :
Ketibaan Dan Pendaftaran Peserta

2.30 Petang
  • Ucapan Aluan Pengerusi Penaja
  • Ucapan Dan Perasmian Oleh Yang Berhormat Sr. Hj. Muhamad Farid Bin Hj. Muhd. Saad, Pengerusi Majlis Pembangunan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
  • Jamuan Teh Dan Jalinan Rangkaian
  • Majlis Mesyuarat Agung Dengan Agung :
    i. Melantik Pengerusi Mesyuarat
    ii. Penerangan Berhubung Koperasi Oleh Pihak Suhanjaya Koperasi Malaysia
    iii. Persetujuan Penubuhan Koperasi
    iv. Penerimaan Undang-Undang Kecil Koperasi
    v. Permohonan Bagi Mendaftarkan Koperasi
    vi. Pemilihan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi
  • Tangguhan Majlis.
Sekian. Kerjasama dan sokongan padu Dato’/Y.B./Tuan/Puan/Cik didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


Siti Huraizah Abdul Rahman, Setiausaha Penaja,
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMuda)

d/a Pusat Internet Desa Balik Pulau (PIDBP), Pejabat Pos Malaysia Berhad,11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

TELEFON & FAKS: (04) 866-2706, Email: ija@balikpulau.org, Website: http://kumpp.blogspot.com


S.K.
Tn. Hj. Muhd. Noor Yusof, Pengerusi Penaja




Sila Sahkan Kehadiran Anda Di Sini


atau di sini -->






Peta :

Petunjuk : Anda akan melihat bangunan yang mempunyai banner seperti ini.


Galeri Gambar Yang Semasa Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang, peringkat penaja pada 28hb April 2009 yang lalu :

Surat Rasmi :




Jemputan Bagi Majlis Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang
Jemputan Bagi Majlis Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang sitihuraizah

Friday, May 8, 2009

Mesyuarat Lembaga Pengarah Pertama di Kassim Mustafa

Tarikh : 2.00 petang

Masa : 4.00 petang

Tempat : Kassim Mustafa, Tingkat atas