Tahukah anda apa itu Koperasi, sejarahnya, tujuan penubuhan sesebuah koperasi, dan kepelbagaiannya? Pernahkan anda dengar tentang "Dasar Koperasi Negara"?
Silakan tonton wacana dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sempena Hari Koperasi Negara tahun lepas:
... dan sebuah dokudrama berkaitan "koperasi" atau "yang dulunya orang cakap 'Syarikat Kerjasama' tu kan?":
(dah lima bulan dah diwar-warkan klip video-video kat atas tu oleh Bahagian Pengurusan Maklumat SKM (ketika SKM masih di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), tapi baru 200 lebih orang saja yang baru tengok di wahana YouTube, jadi, kira masih "fresh" la.. ;))Apa pun, pastinya rata-rata rakyat Malaysia pernah mendengar tentang Bank Rakyat, atau nama panjangnya, Bank Kerjasama Rakyat Berhad, yang kini mempunyai aset melebihi RM30 Bilion, yakni lebih 70% aset semua koperasi di seluruh Malaysia. Bank yang tertubuh sebelum merdeka lagi, yakni pada September 1954 hasil gabungan 11 bank-bank persatuan dan asalnya dinamakan Bank Agong (Apex Bank), "menawarkan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam kepada anggota dan juga bukan anggota melalui 117 cawangan, 78 mesin ATM luar premis, 12 Kedai Ar-Rahnu X'Change dan 7 Pusat Perbankan Elektronik di seluruh Malaysia." Tak lama lagi, Bank Rakyat akan dinamakan Bank 1 Malaysia... (main-main ja!)
Nak contoh lain?
Bagaimana dengan 19 lagi buah koperasi contoh di bawah yang menerajui Senarai 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2009, selepas Bank Rakyat:
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad [Bank Rakyat]
- Koperasi Permodalan Felda Berhad
- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
- Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad
- Koperasi Serbausaha Makmur Berhad
- Koperasi Kakitangan Petronas Berhad [Kopetro]
- Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad
- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad [Angkasa]
- Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad
- Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batang Padang (Utara) Berhad
- Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad
- Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad
- Koperasi Koswip Malaysia Berhad
- Koperasi Pekebun Kecil Daerah Pontian Berhad [Kepak]
- Koperasi Shamelin Berhad
- Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi Berhad
- Koperasi Pegawai-Pegawai Kesedar Berhad
- Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad
- Koperasi Serbaguna Felda Chini Satu Berhad
- Koperasi Tenaga Nasional Berhad
Untuk orang Pulau-Pinang, pastinya berbangga dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara yang makmur dengan projek-projek hartanahnya.
Tak lupa juga Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH) yang menyergah semua media massa tempatan lewat ini dengan "Restoran Rakyat 1Malaysia" siap dengan sarapan lengkap semurah RM1 sahaja di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur. Khabarnya, Koperasi Ukhwah yang baru saja berusia sebelas tahun ini, dipengerusikan oleh Hj Mustapa Kamal bin Maulut, yang juga Naib Yang Dipertua ANGKASA, sudahpun memiliki hartanah bernilai lebih RM120 juta.
Bagaimana dengan yang lain di Penang, khususnya di Balik Pulau, kawasan asal penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang yang terbaru? Seharapnya sudah 'bisa', bak kata orang seberang, untuk mencongak jauh kehadapan dan sedia serta terus mengorak langkah untuk menyerlahkan suatu yang baharu untuk senario sosio-ekonomi tempat kita...
Pelbagai bidang terhidang seperti contoh-contoh sedia ada: perbankan dan peminjaman, pertanian, hartanah, pelancongan, peruncitan, perdagangan dan banyak lagi -- pilih mana yang suka, pilih mana yang rela... Sediakah usahawan-usahawan kita termasuk pengusaha-pengusaha pembuatan, agro, makanan, perkhidmatan, media, perkomputeran, pemasaran dan lain-lain mengembleng tenaga untuk mengharumkan komuniti ke seluruh negara, dan seantero dunia?
Untuk yang belum menyertai KUMUDA, silalah menghubungi pejabat sekretariat di Pusat Internet Desa d/a Pejabat Pos Balik Pulau - 04-866-2706.
Sebelum itu, untuk makluman anda:-
- Koperasi/KUMUDA bukanlah badan atau organisasi berunsur politik.
- KUMUDA bukan kesatuan kerja
- KUMUDA bukan setakat badan kebajikan
Dan KUMUDA bukan hanya untuk mencari keuntungan tapi untuk mengutamakan keperluan anggota-anggotanya dengan memberi perkhidmatan yang membantu.
0 comments:
Post a Comment