Tuesday, June 2, 2009
Monday, June 1, 2009
Majlis Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang
Pulau Betong, BALIK PULAU - Mesyuarat Agung Permulaan untuk penubuhan sebuah Koperasi (syarikat Berhad) yang baru telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Koperasi Usahawan Kampung Balik Pulau (KUKAM) di Jalan Bharu, Kampung Perlis pada hari Sabtu 30 MEI 2009.
Mesyuarat yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Yang Berhormat Sr. Hj Muhamad Farid bin Hj Saad, merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) Barat Daya Pulau Pinang turut dihadiri oleh dua pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Tuan Haji Mohd Noor bin Yusuf telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang pertama yang terdiri daripada sembilan pegawai eksekutif untuk tempoh setahun.
Penubuhan KUMUDA di Balik Pulau mengikuti jejak beberapa koperasi lain yang telah dikembangkan bermula di daerah yang sama termasuk KUKAM yang mewakili usahawan-usahawan kampung di Balik Pulau dan Koperasi Pelancongan Pulau Pinang (KOPEL) yang mewakili industri pelancongan tradisi dan ekologi terutamanya di kampung-kampung di Balik Pulau.
Posted by Ija at 1:04 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)